Kongsi Info & Pengalaman, Jual yang Baru dan Terpakai, Servis Pembelian
(Servis Shopping Online & Beli Barangan dari Luar Negara)
Diuruskan oleh: Original Elmy Trading (No. Pendaftaran Perniagaan: 002186458-H)

Saturday, February 2, 2013

Nudie Jeans Sharp Bengt Org. Dry Brown Selvage, Naked & Famous RegularGuy Indigo Selvedge & Unbranded Heavyweight Selvedge Denim 21oz Size 38 for Sale!

As Salam & Selamat Sejahtera. Ada 3 2 1 helai jeans dengan label tag size 38 untuk dijual: Nudie Jeans Sharp Bengt Org. Dry Brown Selvage, Naked & Famous RegularGuy Indigo Selvedge dan Unbranded Heavy Weight Selvedge Denim 21oz 'Tapered Leg'. Details dan ukuran sebenar (DIULANGI!!! UKURAN SEBENAR) sila check satu-persatu di bawah.  ALL SOLD!!!

Berminat? Boleh hubungi 5kosong1 dengan cara berikut: 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS / WhatsApp: O12-7944748 

Terima kasih...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 
Jeans #1: Nudie Jeans Sharp Bengt Org. Dry Brown Selvage > SOLD
 






Details:
-Manual Measurement: Waist: 40" Inseam: 34" Outseam: 44.5" Front Rise: 12" Leg Opening: 17"
-Style: Sharp Bengt 
-Brand new with tag. Baru! 
-Dry Turkish denim 
-100% Cotton
-Button fly 
-Made in Italy 
-Use for 6 months before first wash for a personal, worn look (Recommended by Nudie Jeans Co.) 
-From official Nudie website: Lovely lightweight dry Turkish denim. The brown weft gives a warm shade. The surface is smooth and the twill construction is open. This makes it comfortable even though it’s dry. Nudie Jeans orange threads all over except for the back pocket embo that is faded indigo. On this style you find the selvage edge coin pocket, organic silver trims and organic pocket lining. 100% organic cotton.


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jeans #2: Naked & Famous RegularGuy Indigo Selvedge > SOLD







Details:  
-Manual Measurement: Waist: 38-39" Inseam: 35.5" Outseam: 46.5" Front Rise: 12" Leg Opening: 19"
-Style: Regular / Straight 
-Used jeans, good condition
-Colour: Indigo
-100% cotton
-Button fly
-Made in Canada from imported Japanese denim
-Selvedge jeans + selvedge coin pocket / Jeans kepala kain + poket syilling kepala kain
-Leather patch / pai kulit
-Leg chainstitch / Kaki jeans jahitan rantai
-From other website: The RegularGuy is a classic, traditional Americana fit with a relaxed straight leg. These jeans are made from a Japanese 13oz indigo selvedge denim and are cut looser with a wider leg opening. Woven from 100% cotton these jeans feature quality detailing throughout such as cotton lining, selvedge finished pockets and a leather Naked and Famous Denim waist patch on the waistband.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jeans #3: Unbranded Heavyweight Selvedge Denim 21oz 'Tapered Leg' > SOLD


Details:
-Manual Measurement: Waist: 38" Inseam: 35" Outseam: 45" Front Rise: 11" Leg Opening: 17" 
-Style: Tapered Leg (Model UB221)
-Brand new with tag! Baru! 
-Color: Indigo
-21oz sanforized denim 
-100% Cotton
-Button fly
-Made in Macau
-From other website: The "Tapered Leg" fit has a little extra room in the thigh and tapers from lower thigh to the leg openinng. 5 pocket, button fly closure. Hidden selvedge coin pocket detail. Made with 21oz heavyweight Japanese raw sanforized selvedge denim. Rope dyed in indigo. Hidden rivets, chainstitched hems, leather patch 
 
Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau sms / Whatsapp sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.
P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya tuan tanah tak ada kat darat, so HP pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1

Email: info5kosong1[at]yahoo.com 

SMS / WhatsApp: O12-7944748 

Monday, January 21, 2013

Naked & Famous Glow in the Dark Selvedge Denim - Jeans Yang Menyala

Jeans yang aku nak ceritakan ni sebenarnya dah lama dikeluarkan (sejak tahun 2011 lagi > sekarang sudah tahun 2013 tu Yeop). Entry pun dah lama terperuk sebagai draft, cuma aku je tak siapkan untuk di'publish'. Tapi takpe, aku tetap nak share jugak keunikan jeans ni kat blog 5kosong1.

Bagi yang selalu baca blog ni, dah tentu perasan yang sesungguhnya brand Naked & Famous merupakan antara brand yang paling banyak aku ceritakan... Sebabnya sudah terang lagi bersuluh lagi ber'spot light' iaitu mereka hasilkan jeans yang ada pelbagai gaya dan sangat unik...

Salah satu jeans unik yang telah mereka hasilkan termasuklah Naked & Famous Glow in the Dark Jeans.Yup, jeans ni betul-betul boleh 'menyala' sejibik macam stiker glow in the dark kalau kita bawa ke tempat gelap! Apa yang telah dibuat untuk menghasilkan jeans seumpama ni ialah dengan memberikan phosphorescent coating (direct translation Google: lapisan pendar) pada fabrik denim yang bakal digunakan. 



Kalau normal raw jeans akan ada kesan unik / karakteristik tersendiri apabila korang sudah break in untuk sesuatu tempoh, tak kurang juga pada jeans ni. So, mana-mana bahagian kat jeans ni yang coating nya dah tak ada atau hilang disebabkan cara pemakaian seseorang, sudah tentu akan hasilkan effect yang hampir sama jugak macam jeans biasa bila dipakai kat tempat gelap. 


Orite, jeans ni dibuat dalam cutting SkinnyGuy, zip-fly, selvedge dan gunakan fabrik 98% cotton + 2% elastane. Menurut Naked & Famous, mereka pernah uji jeans ni dengan membuat basuhan sebanyak lima kali dan hasilnya masih still memberangsangkan iaitu jeans tersebut masih berkemampuan untuk membuat pencerahan! Hahaha...

Agak mencapap (perh, lama seh aku tak pakai perkataan 'mencapap') sebenarnya kalau pakai jeans ni untuk jalan-jalan, ronda-ronda waktu malam. Tapi sesiapa nak dapat lebih tumpuan, memang sangat sesuai la pakai jeans Naked & Famous Glow in the Dark ni.


Kalau sukakan artikel ni atau yang lain-lain, silalah 'Like' FB tuan pemilik blog seperti di bawah atau subscribe sahaja supaya tak ketinggalan kalau ada artikel baru. Hehehe... Kalau rasa nak mencapap dan try keunikan jeans kat atas, bolehlah try buat pre-order (kalaulah jeans Naked & Famous Glow in the Dark ni masih ada jual kat mana-mana website).

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info5kosong1[at]yahoo.com 
SMS / WhatsApp: O12-7944748 

Saturday, January 12, 2013

Unbranded Jeans - Jeans 'Premium' Tanpa Brand

Hello,
I a
m made out of raw selvedge denim. Yeah, that's right. I've never even taken bath. If you wear me hard and don't wash me for several months, I will become a beautiful and personalized jean.

Hooray! 
Love,
-Jeans 




Satu brand jeans (kalau mereka mahu dipanggil brand) yang dinamakan 'Unbranded' (tiada brand) telah berada di pasaran dengan objektif hanya nak fokus pada raw denim itu semata-mata tanpa terpengaruh dengan unsur-unsur lain yang berupa proses wash, hiasan, kempen iklan, populariti dan selebriti. Kenapa sedemikian? Kerana mereka percaya semua benda tak penting itulah yang menyebabkan harga jeans jadi bertambah mahal. So maknanya, mereka hanya mahukan pengguna jeans keluarkan duit semata-mata untuk beli produk dan kualitinya sahaja, bukannya sebab beli branding.




Memang terbukti pendekatan mereka ni menyebabkan harga Unbranded jeans jauh lebih murah berbanding brand-brand premium raw denim yang sedia ada. Sebagai contoh, Unbranded Heavyweight Selvedge Jeans 21oz hanya dijual dengan harga USD98, berbanding USD360 untuk jeans Iron Heart 634S 21oz Straight Selvedge. Beza sangat tu harganya! Aku yakin kalau ada orang yang tak kisah sangat dengan branding, mesti bercita-cita nak angkat jeans ni! Kepala kain pulak tu!

Menurut cerita yang aku baca kat website-website lain, jeans Unbranded ni telah diasaskan oleh orang sama di sebalik brand Naked & Famous. Kalau Naked & Famous biasanya Made in Canada dan diperbuat daripada denim yang berasal dari Jepun, Unbranded jeans ni pulak setahu aku biasanya Made in Macau. Ye, mesti ada yang pandang lekeh terus jeans ni bila tau asalnya cuma Made in Macau. Tapi jangan lupa, brand A.P.C yang berasal dari France tu pun biasanya Made in Macau > Harga A.P.C Jeans? USD 1xx. Hehehe.. Ini sama je macam pandangan sesetengah pihak bila aku cakap ada Levi's Made in China. Hehehe... Tapi kenapa diorang pilih Macau bukannya Canada, USA, Jepun atau Itali? Itu mungkin salah satu lagi strategi untuk membolehkan Unbranded kurangkan lagi harga jeans mereka > iyelah, cheap labour ko!

Lain-lain? Patch / pai kulit Unbranded memang tak ada tulis apa-apa, tak ada sebarang logo > bersesuaian dengan namanya Unbranded! Buttonfly pun kosong jugak, togel + bogel takde tulisan. Tapi yang pasti, Unbranded gunakan denim kepala kain yang ditenun gunakan mesin shuttle looms.




Berkenaan Unbranded Heavyweight Selvedge Denim 21oz in Indigo tu, mereka ada keluarkan dalam tiga varian iaitu Straight Leg (Model UB321), Tapered Leg (Model UB221) dan Skinny Leg (Model UB121). Selain tu ada jugak model lain contohnya:

> Unbranded "Straight Leg" 14.5oz Selvedge in Indigo (Model UB301)
> Unbranded "Tapered Leg" 14.5oz Selvedge in Gray (Model UB206)
> Unbranded "Tapered Leg" 14.5oz Selvedge in Indigo (Model UB201) 
> Unbranded "Tapered Leg" 14.5oz Selvedge in Black (Model UB204)
> Unbranded "Skinny Leg" 14.5oz Selvedge in Indigo (Model UB101)
> Unbranded "Skinny Leg" 14.5oz Selvedge in Black (Model UB104)
> Unbranded "Skinny Leg" 13oz Selvedge Chino in Navy (Model UB108) ~ Bukan jeans
> Unbranded "Skinny Leg" 13oz Selvedge Chino in Beige (Model UB107) ~ Bukan jeans


So, sesiapa yang ada terasa nak pakai jeans Unbranded tapi tak pasti mana nak beli, 5kosong1 ada sediakan khidmat untuk beli jeans ni (tak semua model kat atas available, kena check dahulu). Tapi kena ingatlah, harga jeans memang mungkin setakat USD 98 (model 21oz) atau USD 80-90 (untuk model yang lain), tapi janganlah lupa shipping kos ke Malaysia tu yang biasanya dalam USD 25-USD 35. Sila ambil kira dalam bajet anda juga! Hehehe... 

Untuk pembelian / pertanyaan, silalah email ke info.5kosong1[at]yahoo.com atau SMS / WhatsApp sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1. Aku akan check availability dan bagi quotation.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya aku tak ada kat darat, so nombor pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih... 

FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
SMS: O12-7944748 

Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 -Diskaun Awal Tahun-

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera... 

Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua pengunjung dan pelanggan blog 5kosong1. Tahun 2012 baru sahaja berlalu dan diharapkan tahun 2013 akan menjadi satu lagi tempoh yang penuh bermakna untuk kita semua. Syukur atas anugerah rezeki yang berpanjangan.

Oklah, disebabkan masih ada beberapa barangan lagi yang masih tak terjual, saya nak buat sale sikit! Bermula dari 1 Januari sehinggalah 31 Januari 2013 ni, saya akan bagi diskaun dekat semua barangan yang diiklankan dalam blog ni.


-Untuk barangan berharga kurang dari RM 200 ~ Diskaun sebanyak RM25.00
-Untuk barangan berharga RM 201 hingga RM 500 ~ Diskaun sebanyak RM 50.00
-Untuk barangan berharga RM 501 ke atas ~ Diskaun sebanyak RM 100.00

Cara nak reedem? Mudah sahaja, cuma bagitau yang saudara / saudari nak guna "Diskaun Awal Tahun" masa buat urusan pembelian. Di bawah ni antara barangan yang masih Available for Sale. Klik individual link untuk maklumat details setiap item: 


Jeans-Jeans
 
T-Shirt, Kemeja & Jaket



 

Aksesori Pakaian




Blog 5kosong1 juga ada menyediakan khidmat servis pembelian jeans Levi's termasuklah servis pembelian jeans brand lain atau aksesori pakaian. Boleh tengok link kat bawah untuk sebahagian pre order jeans yang dilistkan dalam blog ni. Untuk brand-brand jeans lain (contohnya Nudie Jeans, Naked & Famous, Samurai, Momotaro, April 77, A.P.C, Evisu, Cheap Monday, Japan Blue, Unbranded, Ksubi, G-Star, 7 For All Mankind, True Religion, Sugar Cane, Iron Heart, The Flat Head, Strike Gold, Imperial Denim, Denham, Diesel, Eternal, Indigofera, 3Sixteen, Pure Blue Japan, etc) atau aksesori pakaian , silalah hubungi 5kosong1 untuk maklumat lanjut.

Pre Order - Levi´s® Vintage Clothing 201, 505 & 501Z Jeans Rigid (Page 1)

Pre Order - Levi's® Vintage Clothing 501 1933, 1947, 1955 Jeans Rigid (Page 2)

Pre Order - Levi´s® Vintage Clothing 501 1915, 1944, 1966 Jeans Rigid (Page 3)

Pre Order - Levi's 501xx Premium Edition Shrink to Fit (Dark Rigid Indigo @ 00501-0550
 


Pre Order - Japan Blue X Momotaro Jeans (0100SP / 0400SP / 0700SP)
~ Boleh tanya 5kosong1 sebab banyak model yang sudah tiada.

Untuk pertanyaan, silalah email ke info5kosong1[at]yahoo.com atau SMS / Whatsapp sahaja ke O12-7944748 atau boleh hantar message kat Facebook 5kosong1.

P/S: Kalau sms tu tak berbalas, maknanya saya tak ada kat darat, so nombor H/P pun jadi tak aktif. Kalau tak ada respond, silalah email atau hantar Facebook message.Terima kasih...

 


FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1

Email: info5kosong1[at]yahoo.com 

SMS / Whatsapp: O12-7944748

Thursday, December 27, 2012

Raw Jeans & Raw Denim Untuk Orang-orang Yang Bersaiz Besar

As Salam semua...
 

Dipanjangkan cerita, aku merupakan salah seorang manusia yang termasuk dalam kategori overpronator / overpronation. Overpronator tu apa? Google la sendiri - malas la pulak nak explain. Hahaha... Orite, kebiasaannya kelompok manusia yang overpronator ni dimonopoli oleh individu yang overweight atau mempunyai berat badan berlebihan. Tapi overpronation tu tak semestinya untuk orang overweight sahaja. Orang dengan berat badan yang normal pun kadang-kadang ada jugak yang tergolong dalam kategori ni dan orang yang overweight mungkin jugak ada yang termasuk dalam kategori normal atau underpronator. So, mukadimah yang sepatutnya kalau nak dipendekkan cerita, aku ni sebenarnya termasuk dalam kategori orang yang overweight. Hehehe... Silalah check BMI masing-masing untuk mengetahui anda kategori mana...
 

Sebagai seorang yang overweight, dah tentu aku mempunyai pinggang yang besar. Maksud besar dalam konteks aku ialah mempunyai pinggang size 40" dan ke atas. Ye, dulu aku sendiri pernah mencapai sampai size 42". Sekarang ni dah kurang (hopefully boleh kurang lagi supaya lagi banyak jenis jeans yang aku boleh pakai). Hehehe... So, masalah sangat ke kalau kita ni bersaiz besar? Ini aku tak nak jawab dan ulas lebih-lebih sebab mungkin isu sensitif kot. Hehehe... Tapi kalau nak kaitkan saiz pinggang yang besar dengan raw denim / raw jeans, sememangnya akan ada sedikit masalah...

Masalah utama dengan raw denim ialah lebih kepada pilihan sebab kadang-kadang tak ada size besar untuk jeans yang kita inginkan. Bukanlah maksudnya tak ada langsung, tapi cuma ada beberapa brand je setahu aku yang sediakan raw denim dalam size 40" dan ke atas. Kalau ada pun tak semua cutting dibuat untuk size besar ni. Tapi OK la, at least ada jugak kan walaupun tak semua cutting fit. Kat bawah ni aku senaraikan brand-brand yang ada sediakan raw denim dalam size besar. Kalau korang ada info lain, boleh tinggalkan komen kat bawah.

- Levi's 501xx Shrink to Fit ~ Paling variasi dari segi size, ada size 40" hingga 60".
- Evisu ~ Ada size 40", 42" & 44".
- PRPS ~ Ada size 40" & 42", Size 44" mungkin ada.
- Tenryo Denim ~ Ada size 40", 42", 44" & 46".
- Samurai ~ Biasanya sampai size 40". Tapi model S510XX-21oz ada sampai size 46".
- Momotaro ~ Ada size 40", Size 42" tak pasti pulak.
- Iron Heart ~ Biasanya sampai size 38". Sesetengah model ada size 40", 42" & 44".
- Flat Head ~ Biasanya sampai size 38". Tapi aku pernah nampak size 40" ada dijual.
- Real Jepun Blue ~ Sesetengah model ada size 40".
- Sugar Cane ~ Boleh jumpa size 40" untuk sesetengah model.
- 3Sixteen ~ Size 38" dan 40" untuk sesetengah model.
- Nudie Jeans ~ Setakat size 38".
- Naked & Famous ~ Setakat size 38".
- Mister Freedom ~ Setakat size 38". 
- Levi's LVC (Big E, Rigid, Selvedge) ~ Biasanya setakat size 38".
- Unbranded Jeans ~ Setakat size 38". Memang nama jeans ni 'Unbranded'!

Satu lagi soalan jujur dari aku sendiri: Kalau baca list kat atas, banyak je brand yang jual size 40" dan ke atas, so apa masalahnya? Masalahnya pada aku (ye, pada aku, bukan pada korang) ialah harga. Tipulah kalau nak beli jeans korang tak consider harga. Dalam list kat atas, cuma Levi's 501xx STF je yang kita boleh dapatkan sepasang yang masih baru dengan harga kurang dari RM 350 (sebenarnya kurang dari RM 300 pun mungkin boleh dapat). Jeans baru untuk brand yang lain-lain tu memang diakui agak mahal sebab biasanya melebihi RM 500 sepasang dan ada yang mencecah harga sampai RM seribu lebih. Tapi melainkan korang tak kisah nak keluar duit lebih, boleh je pilih mana-mana brand sekalipun. Iyelah, duit korang kan. Hehehe... 

Tapi jangan dilupa, masa aku cerita pasal jeans 'CheeseDenim' (Made in Malaysia) sebelum ni, brand ni sebenarnya ada keluarkan raw jeans sampai size 42". Tu satu lagi option yang korang boleh pertimbangkan kalau nak try test eksperimen dengan raw denim. Kalau tak silap, time aku buat entry dulu (15 Januari 2012) harganya tak sampai RM 200 pun. Tapi harga latest aku sendiri tak tau sebab aku takde kaitan ye dengan brand Non-Expiring Melekit Melt Di Kaki tu! 


Kesimpulannya, seseorang yang overweight masih lagi boleh bergaya dan bereksperimen dengan raw denim. Kelebihannya pada aku tetap ada kalau nak dibandingkan dengan jeans biasa. Contohnya, kalaulah korang beli raw denim dengan size yang besar sikit, jeans boleh mengecut ikut bentuk badan lepas proses rendaman / soaking. Kalau beli yang terkecil sikit, possibility untuk jeans tu meregang pun memang ada. Bayangkanlah kalau beli prewash / preshrunk jeans? Susah tu beb sebab dah tak boleh nak buat apa! (AMARAN: Effect shrink dan stretch setiap raw denim adalah berbeza, sila kaji betul-betul!). Lagi satu yang korang kena ingat, sila consider cutting fit yang sesuai masa nak pilih jeans, bukannya brand dan waist size semata-mata. Takkan la nak pakai jeans yang boleh muat kat pinggang tapi ketat gile babeng kat peha atau cawatnya pendek gila sampai bila pakai macam nak terlondeh dan nampak lurah. Sila pikir-pikirkan...


Ber'eksperimen' dengan Levi's 501xx W42 L33 di Laut China Selatan. Ye, fitting kat bahagian punggung nampaknya agak ke laut di situ!

So soalan seterusnya, (Cehhh! Perenggan terakhir kat atas dah tulis kesimpulan, tiba-tiba ada persoalan baru pulak dekat perenggan bawah ni... Hehehe...) mana nak beli jeans-jeans dalam list kat atas? Senang je, korang boleh guna servis yang ditawarkan Encik 5kosong1: Perkhidmatan Servis Shopping Online (klik jangan tak klik!). Hehehe... Self promote sekali lagi di situ!
 
FB pages: Facebook 5kosong1 @ Lima Kosong Satu
FB fan pages (Like!!!) : 5kosong1
Email: info.5kosong1[at]yahoo.com 
WhatsApp / SMS: O12-7944748 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...